PENDAFTARAN SYARIKAT UNTUK PERNIAGAAN (SDN BHD, BERHAD)
REGISTRATION OF COMPANIES FOR BUSINESS (PRIVATE COMPANY, PUBLIC COMPANY)

PENDAFTARAN SYARIKAT UNTUK KEBAJIKAN (SYARIKAT BERHAD MENURUT JAMINAN)
REGISTRATION OF COMPANIES FOR SOCIAL ACTIVITIES (COMPANY LIMITED BY GUARANTEE)

PENTADBIRAN & HAL EHWAL KORPORAT
CORPORATE ADMINISTRATION & AFFAIRS

PERJANJIAN KORPORAT
CORPORATE AGREEMENT
PENILAIAN PENGAMBILALIHAN PERNIAGAAN
BUSINESS TAKEOVER EVALUATION

CARIAN MAKLUMAT KORPORAT DAN PERNIAGAAN
CORPORATE AND BUSINESS INFORMATION SEARCHES

PENSTRUKTURAN SEMULA
RESTRUCTURING

PENTADBIRAN KRISIS & PERTELINGKAHAN
CRISIS & DISPUTE ADMINISTRATION

PENGURUSAN AKAUN DAN SIMPANKIRA
ACCOUNTS, MANAGEMENT AND BOOKKEEPING
SEMENJAK 1990, KAMI TELAH MEMBANTU PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT
MENYEMPURNAKAN KEWAJIPAN MEREKA DALAM HAL-EHWAL KORPORAT.
Dengan mendaftarkan sebuah SYARIKAT (Sendirian Berhad atau Berhad) untuk menjalankan perniagaan, anda sudah boleh menjadi  seorang PENGARAH syarikat dan mungkin juga  PEMEGANG SAHAM.

Samada anda berseorangan ataupun bersama RAKAN KONGSI, anda perlu membuat persediaan  menghadapi  fasa baru perjalanan hidup anda , DUNIA PERNIAGAAN atau juga boleh dipanggil  DUNIA KORPORAT.
SAYA DAN PERNIAGAAN SAYA

Tatkala anda sudah nekad berniaga, anda haruslah mendaftarkan
perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat  Malaysia (SSM).

Anda pada dasarnya boleh mendaftarkan sebuah PERNIAGAAN
TUNGGAL , PERKONGSIAN , SYARIKAT ‘SENDIRIAN BERHAD’ ,
SYARIKAT ‘BERHAD’ atau PERKONGSIAN  LIABILITI TERHAD (LLP).


MENJADI PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM

Sebagai Pengarah Syarikat anda tidak perlu atau tidak wajib mempunyai
pengetahuan mengenai undang-undang syarikat, dan anda juga tidak
perlu miliki sijil akademik yang tertentu.

Anda hanya diwajibkan patuhi peraturan dan perundangan yang
berkaitan  dengan syarikat. Jika anda tidak patuh, samada sengaja
atau tidak, anda boleh dianggap ingkar atau melanggar Akta Syarikat
dan boleh disaman, dikenakan denda atau kompaun.

SETIAUSAHA SYARIKAT DAN HAL EHWAL KORPORAT

Syarikat anda wajib mempunyai seorang yang bergelar Setiausaha Syarikat atau COSEC. Syarikat bermodal besar mungkin menggaji seorang COSEC secara sepenuh masa. Majoriti syarikat kecil dan sederhana menggunakan khidmat COSEC bebas (independent Company Secretary) secara berbayar.

COSEC bukan setiausasa biasa. COSEC harus mempunyai lesen tertentu, kelayakan akademik tertentu dan berpengetahuan dalam bidang kesetiausahaan korporat dan Akta Syarikat. COSEC yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam perakaunan dan percukaian syarikat boleh menyalurkan khidmat nasihat yang berguna kepada syarikat anda.

Pada amnya fungsi COSEC ialah menasihat Pengarah syarikat untuk mematuhi peraturan dan perundangan syarikat sahaja.

COSEC juga menyedia, merekod, menyimpan, mengemaskini dan mengesahkan pendaftaran syarikat, pengarah, pemegang saham, modal berbayar dan selainnya dengan SSM dan dalam Buku Daftar syarikat di pejabatnya. Dengan sebab itu pejabat COSEC sering menjadi Pejabat Berdaftar (Registered Office) syarikat anda.
MENDAFTARKAN SYARIKAT MALAYSIA

Dengan NAMA SYARIKAT yang sesuai dan diluluskan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) seorang warganegara Malaysia atau warga
asing yang  berumur lebih dari 18 tahun (bukan seorang yang bankrap)
sudah  boleh mendaftarkan sebuah syarikat.

Anda boleh menjalankan apa jua bentuk dan jenis perniagaan yang
sah di Malaysia; samada pengilangan, perkhidmatan, perdagangan,
perundingan, kontraktor, pelaburan  dan sebagainya. Perniagaan
yang memerlukan lesen khas untuk beroperasi boleh dipohon
selepas syarikat anda didaftarkan.

PEMILIKAN DAN PENGUASAAN SYARIKAT

Syarikat, samada 'Sdn Bhd' atau 'Berhad' aalah ENTITI atau BADAN yang terdiri secara sistematik dan berterusan berbanding dengan Perniagaan Tunggal atau Perkongsian. Tindak tanduk syarikat dan pengarahnya seperti dikawal oleh Akta Syarikat dan Perlembagaan syarikat.

Bilamana anda menjadi Pengarah  dan Pemegang Saham syarikat, anda juga pasti menguruskan keseluruhan operasi syarikat. Anda rasa anda sepatutnya mempunyai kekebasan mutlak untuk menentukan semua perkara perihal
perniagaan dan arahtuju syarikat.

Peraturan syarikat menghendaki keputusan tertentu diputuskan secara undi majoriti melalui Resolusi Bertulis atau mesyuarat lembaga Pengarah atau  Pemegang Saham.

  • Adakah ini bermakna anda dikekang daripada membuat keputusan dan bertindak sesuka hati anda?.
  • Kenapa pula anda perlu dapatkan persetujuan rakan kongsi yang lain untuk memenuhi peraturan majoriti?
  • Kenapa perlu anda  memperjelaskan kepada Pengarah atau Pemegang Saham yang lain bilamana anda hendak membuat sesuatu keputusan?
  • Apa gunanya menjadi peneraju tetapi tak punya hak dan kuasa mutlak?
  • Adakah anda dipertanggungjawabkan sekiranya syarikat gagal?
  • Adakah anda yang akan meraih semua keuntungan dan manafaat sekiranya syarikat untung?
  • Sekiranya anda meinggal dunia, siapa yang akan warisi tanggungjawab dan saham anda?

Persoalan-persoalan di atas adalah di antara isu-isu yang timbul dalam syarikat yang perlu anda hadapi.
Pada prinsipnya, anda perlu bersedia meningkatkan tahap pemikiran dan peribadi anda sekiranya anda menjadi peneraju atau pemilik syarikat. Pengetahuan berkaitan syarikat dan perniagaan dianggap kritikal agar anda boleh terus menerajui syarikat dan mewariskan
syarikat anda kepada generasi anda.
Setiausaha Syarikat Berlesen
Licensed Company Secretary
A QAMS related entity
NNR MANAGEMENT SERVICES, PLT
No Pendaftaran Perniagaan : LLPP0018922-LGN
TANYA SETIAUSAHA SYARIKAT           Waktu Pejabat (Office Hours)
ASK THE COMPANY SECRETARY        9 AM - 5 PM Isnin-Jumaat (Mondays-Fridays)
+6019 476 5483                                       Tutup pada cuti umum (Closed on public holidays)
@ COPYRIGHT Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN BHD
Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN. BHD.
(Company registration no. 200001019813 (522420-M)
NO. 49, TINGKAT 1, JALAN TODAK 4. PUSATBANDAR SEBERANG JAYA, 13700 SEBERANG JAYA. PULAU PINANG. MALAYSIA
Telephone : +604 398 2488 / +604 398 4788     Fax: +604 399 3488  Email  : info@qamspg.com